PENGENALAN

Persatuan Belia Seri Layang merupakan satu persatuan dimana dibawah naungan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dan persatuan ini ditempatkan di satu bahagian di dalam Balai Raya Kg Seri Layang Jaya.
Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk membimbing generasi belia dari terjebak dengan masalah sosial seperti gejala penagihan dadah, budaya lepak dan lain- lain. Sebelum tertubuhnya Persatuan Belia Seri Layang Jaya, sebahagian ahlinya adalah merupakan ahli bagi Persatuan Belia 4B Dinamik Kg Bongek sebelum ianya dibubarkan.


LATAR BELAKANG

Persatuan Belia Seri Layang Jaya telah ditubuhkan pada 24 Mei 2008 dengan ahli seramai 16 orang dan kini telah meningkat kepada 40 orang. Segala aktiviti dan mesyuarat akan diadakan di satu sudut Balai Raya dan segala urusan surat menyurat akan dialamatkan ke alamat Pengerusi Belia Seri Layang Jaya. Jarak antara penempatan Persatuan Belia Seri Layang Jaya dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau adalah kira- kira 5 km. Melalui persatuan ini ianya diharap dapat melahirkan satu generasi belia yang bukan hanya cemerlang, malah terbilang dan gemilang sejajar dengan harapan kerajaan.

KEAHLIAN

Bayaran keahlian Persatuan Belia Seri Layang Jaya
adalah sebanyak :


Yuran Pendaftaran : RM 3.00
Yuran Tahunan : RM 2.00


MISI/VISI

MISI BELIA,

Melahirkan generasi belia yang cemerlang terbilang dan gemilang di mata masyarakat.

VISI BELIA.

Menjadikan belia yang mempunyai jati diri yang baik dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk Berjaya.

Sunday, February 15, 2009

PEMBANGUNAN EKONOMI

KEGIATAN EKONOMI BELIA SERI LAYANG JAYA

Ahli Persatuan Belia Seri Layang Jaya telah mengusahkan 1 kandang lembu bertempat di Seberang Batu Hampar dan ladang limau serta tebu di Rantau dan Sepri.

LATAR BELAKANG PROJEK TERNAKAN LEMBU

Ianya didaftarkan atas nama NAIMI FARMS dan mula ditubuhkan pada April 2008 dengan bermodalkan RM 23,000 dan sebanyak 9 ekor lembu telah dibeli sebagai permulaan ternakan. Selepas hampir 10 bulan, jumlah lembu yang dimiliki kini adalah sebanyak18 ekor. Keluasan kawasan ternakan adalah seluas 1 ekar dan telah mengupah 2 orang belia untuk mengendalikan ternakan.



BIODATA PENTERNAK



NAMA : HASBI BIN ABD LATIF
UMUR : 34 TAHUN
ALAMAT : KG SEBERANG BATU HAMPAR, JALAN TANAH DATAR
STATUS : BERKAHWIN
NO TEL : 019- 6224136
PENDIDIKAN : DIPLOMA ENGINEERING UiTM SHAH ALAM

LATAR BELAKANG PROJEK LADANG LIMAU DAN TEBU

Ladang Limau ini ditubuhkan pada 14/ November/ 2007 dengan keluasan 7 ekar dan bermodalkan RM 6,000. Terdapat 2 ladang yang diusahakan iaitu di Rantau dengan keluasan 7 ekar dan di Ulu Sepri dengan keluasan 18 ekar. Jenis tanaman yang diusahakan adalah limau kasturi dan limau nipis. Terdapat 6 orang pekerja sendiri yang diupah bagi mengendalikan kedua- dua ladang. Selain daripada ladang limau, terdapat satu ladang tebu yang diusahakan di Sepri dengan keluasan 7 ekar persegi. Jenis tebu yang ditanam ialah tebu kuning dan jangkaan tuaian adalah pada Julai/ Ogos 2009.

BIODATA PELADANG



NAMA : KHAIRILL ANWAR BIN MOHAMAD
UMUR : 30 TAHUN
ALAMAT : G3, KUARTERS PPK SUNGAI LAYANG,71300 REMBAU
STATUS : BERKAHWIN DAN 2 ANAK
NO TEL : 012- 3302652
PENDIDIKAN : ADVANCE DIP. IN IT UNIKL
PENGIKTIRAFAN : ANUGERAH PELADANG MUDA JAYA 2003, 2004, 2005
KURSUS : KURSUS BELIA TANI KE JEPUN 2001

1 comment:

  1. Assalammualaikum,
    Diharapkan penubuhan Persatuan Belia ini akan dapat menjadikan ia sebagai satu platform kepada anak-anak muda Rembau membentuk jati diri mereka di tanah adat Rembau.

    Saya sendiri bukanlah anak jati Rembau tetapi saya sendiri adalah cucu Rembau, ingin juga melihat pembangunan insan di Rembau. Tidak ramai yang mengenali Rembau sebelum ini, namun setelah Khairy Jamaludin menjadi MP, nama Rembau menjadi hangat itu pun jika MP Rembau mula bersuara di dalam Dewan Rakyat.

    Diharapkan pihak pentadbir Persatuan dapat menyusun satu bentuk program tahunan tersusun dan menarik agar muda-mudi disekitar Rembau akan ternanti-nanti, bukanlah hanya program yang berbentuk hiburan tetapi program yang mengisi naluri dan tenaga muda mereka.

    Dengan gelaran TANAH ADAT di Rembau ini, saya syorkan agar pihak tuan dapat menyusun satu program mengenali Adat perpatih kepada anak-anak muda. Ini kerana, saya dapati anak muda di sekitar Rembau sudah tidak mengetahui adat yang menjadi identiti atau jati diri orang Rembau. Janganlah waktu perkahwinan sahaja yang dititik beratkan mengenai adat Perpatih, masih banyak lagi yang perlu diterokai dan dipelajari seterusnya ditarbiahkan kepada anak muda mengenai adat perpatih.

    Saya amat kagum dengan anak Rembau lepasan IPT yang berani menceburi diri dalam bidang perniagaanternak di sana. Semoga lebih ramai lagi anak-anak muda mencari peluang baru di Rembau.

    Semoga Persatuan ini berkembang maju dan semoga Rembau makmur...

    ReplyDelete